Menu

Berita Semasa

Muat Turun

Daftar Masuk

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
You're here » Home Page

Terkini Dari HBP

Setiap Khamis : Senamrobik diadakan di Klinik Pakar 1 jam 5 petang

Setiap Sabtu : Senamrobik diadakan di Laluan Permata jam 8 pagi

TAHNIAH kepada Kumpulan Nasyid HBP ~ Nurul Lidiya yang berjaya menjadi Johan, Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Johor dan Tempat Ketiga, Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan Kementererian Kesihatan Malaysia.

Dapatkan maklumat terkini mengenai Klinik Cegah dan Rawat H1N1 <-- klik di sini

Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah

Assalamu’alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, 

Saya, Dr Azimah Bt. A. Aziz, Pengarah Hospital Batu Pahat, amat berbesar hati dan penuh bangga dipilih untuk menerajui hospital ini dengan pencapaian-pencapaian kualiti, terutamanya dari segi penambahan bidang kepakaran.

Perkhidmatan kepakaran yang semakin berkembang menunjukkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengakui keupayaan anggota hospital ini yang melibatkan pengendalian perawatan pesakit, terutamanya dalam proses penyembuhan dan pengamalan gaya hidup yang positif dan sihat.

Tahun 2008 telah melakar banyak memori yang indah bagi saya dan semua warga hospital ini untuk dikenang setelah berhempas pulas dengan pelbagai audit persijilan terutamanya tiga audit yang terbesar iaitu Persijilan Akreditasi, Hospital Rakan Bayi dan MS ISO 9001:2008. 

 Pencapaian hebat yang diraih pada tahun yang sama sememangnya memberikan markah bonus kepada imej Hospital Batu Pahat khususnya dan Negeri Johor amnya. Warga Hospital ini telah membuktikan bahawa dalam memberikan perkhidmatan perawatan kepada pesakit, lebih memberangsangkan sekiranya kita menawarkan sesuatu yang lebih bernilai di samping terlalu bergantung kepada pembangunan fizikal Hospital yang menjanjikan kecanggihan teknologi perubatan, pertambahan perjawatan kepakaran dan kemudahan berkaitan semata-mata.

 Nilai yang dimaksudkan ialah nilai kemanusiaan yang perlu dipraktikkan di dalam kerja seharian. Menjangkau usia 14 tahun memberikan perkhidmatan di daerah Batu Pahat dan kawasan sekitarnya, seharusnya nilai-nilai ini telah sebati dalam jiwa dan diperhalusi dalam perlakuan. Penghayatan nilai-nilai murni akan mendorong kita untuk memberikan perkhidmatan yang melangkaui kebiasaan.  

 Pembangunan modal insan holistik dengan pemilikan tahap integriti yang tinggi mampu memastikan kita dapat menyumbang secara optimum kepada pesakit dengan idea-idea yang kreatif dan berinovasi.  Audit persijilan bukan semata-mata mengejarkan sekeping sijil, namun  proses kerja yang lapuk dan perkhidmatan tidak mesra pesakit telah diberi penambahbaikan agar relevan dengan kehendak pesakit. Apa yang membanggakan, penglibatan bersungguh-sungguh warga hospital ke arah menjayakan audit persijilan adalah sebagai bukti anda berjaya membawa penerapan nilai-nilai ini dalam diri!  Maka dengan NILAI yang ditunjukkan oleh anda semua, amanah perlantikan sebagai Pengarah Hospital pada 17 November 2008 akan membuka ruang dan peluang kepada saya melakar satu persatu kecemerlangan bagi tahun-tahun mendatang di kalangan warganya. Dengan ini, saya akan terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada warga hospital ini ke arah manfaat kesihatan sejagat.  Sekian, terima kasih.

DR AZIMAH A.AZIZ

No Pendaftaran Penuh: 26242

Pakar Perubatan Kesihatan Awam U54

Pengarah HospitalHospital Batu Pahat

 

Pengumuman

There isn't a Biggest Story for Today, yet.

Change the content of this template to fit your needs.

Waktu Solat

Klinik Cegah H1N1

Klinik Cegah H1N1

Hubungi Kami

Open in new window

Hospital Batu Pahat
Jalan Korma
83000 Batu Pahat
Johor Darul Takzim
Tel : 07-434 1999 /1751/ 1954/ 0654
Faks: 07-4322544
Email: hospbp@johr.moh.gov.my

Siapa di talian

3 user(s) are online

Members: 0
Guests: 3

more...