logo
Selamat Datang Ke Laman Web Hospital Batu Pahat
 Menu Hospital Batu Pahat
 Hubungi Kami
front view

HOSPITAL BATU PAHAT
Jalan Korma
83000 Batu Pahat
Johor Darul Takzim
Tel : 07-434 1999 /1751/ 1954/ 0654
Faks: 07-4322544
 Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
 Pengumuman
PERTANDINGAN ANUGERAH KAUNTER BERKUALITI KPK:
PERKHIDMATAN KAUNTER KECEMASAN & FARMASI & KLINIK PAKAR 5

Hospital ini telah terpilih untuk bertanding. Tinjauan oleh Pegawai dilantik telah dibuat pada 23 Jun 2008 dan keseluruhannya mereka berpuas hati dan memohon penambahbaikan dilakukan. Laporan penuh akan dihantar pada 27 Jun 2008.

CELEBRATION FOR HOSPITAL 3RD ACCREDITATION !

Tahniah di atas persijilan kali ketiga Akreditasi! Semoga ianya tidak melekakan malah menjana sifat positif ke arah perawatan pesakit yang unggul!

ikhlas dari;
HBP Accreditation Team

 Kata Aluan Pengarah Hospital


Assalamualaikum w.bt dan salam sejahtera,

Saya, Dr Hj Jamaluddin bin Ahmad, Pengarah Hospital Batu Pahat, amat berbesar hati dan penuh bangga dengan pencapaian yang diraih oleh hospital ini selama tempoh lebih 10 tahun, terutamanya dari segi penambahan bidang kepakaran.

Perkhidmatan kepakaran yang semakin berkembang menunjukkan bahawa pihak kementerian kesihatan malaysia mengakui akan keupayaan anggota hospital ini yang melibatkan pengendalian perawatan pesakit, terutamanya dalam proses penyembuhan dan pengamalan gaya hidup yang positif serta sihat.

Sememangnya bukan mudah menimba ilmu dan pengalaman dunia perubatan dalam tempoh yang singkat. Masa, daya dan usaha yang bukan sedikit diperlukan bagi memantapkan persediaan seseorang anggota perubatan berdepan dengan segala macam kerenah dan ragam pesakit pada masa kini.

Hospital Batu Pahat sering menjadi pilihan kunjungan dan lawatan oleh pelbagai pihak, terutamanya semasa bencana banjir melanda daerah batu pahat pada penghujung tahun 2006. Sehubungan itu, saya yakin warga hospital ini telah terlatih untuk menyiapsiagakan diri dengan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi.

Semoga dengan perancangan pembangunan fizikal hospital ini dalam Rancangan Malaysia ke-Sembilan, mampu memantapkan lagi fungsi perkhidmatan, dan menyahut cabaran ke arah penambahbaikan aktiviti kualiti, di samping masih mengekalkan konsep kehijauan hospital dalam taman, serta menerapkan nilai-nilai murni dalam pembangunan modal insan.

Di kesempatan ini, bersama-samalah kita mengangkat martabat profesion dunia perubatan, agar dapat menjadi perangsang kepada generasi akan datang untuk menceburi bidang ini secara lebih bersungguh-sungguh, di samping memiliki semangat jati diri yang kukuh serta niat ikhlas membantu.

 Search

Advanced Search
 Terkini Dari HBP!
  • Latihan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Bagi Bukan Anggota Kesihatan kelolaan JK Rakan Bayi, HBP 25 Jun 2008 8.00 am - 5.00 pm
 HBP OnLine
 Pautan Laman
 Ahli Baru
zaini 2007/8/27
liha 2007/7/27
saniah 2007/7/19
 Siapa di talian
14 user(s) are online

Members: 0
Guests: 14

more...
Hakcipta Terpelihara Hospital Batu Pahat